Disebalik kemachoan dan imej perkasa seorang lelaki hakikatnya lelaki tidak sentiasa tampil yakin saat perhubungan intim dengan pasangannya. Lelaki tetap dibelengu oleh beberapa ketakutan. Malah ada ketakutan ini menghantui diri kaum lelaki hingga menjejaskan prestasi. Apakah ketakutan yang dialami oleh lelaki?
Saiz penis kecil
Ukuran alat sulit menjadi tanda kejantanan bagi seorang lelaki. Lagi besar ukurannya maka lagi hebat seseorang lelaki itu. Sekiranya penisnya lebih kecil dari sepatutnya, secara automatik ia akan menjadi ketakutan bagi seseorang lelaki. Malah boleh menghilangkan keyakinan diri.
Tidak mampu memuaskan pasangan
Walaupun sudah berusaha memberi kepuasan, tapi ada kalanya pasangan tetap tidak mampu meraih kenikmatan seks. Perkara ini ternyata akan membuatkan seorang lelaki berasa kecewa. Malah sampai satu tahap lelaki berasa gagal untuk membahagiakan pasangan mereka. Walhal wanita selalunya tidak menjadikan orgasma sebagai satu ukuran sepuasan atau kebahagian.
Ejakulasi pra matang
Lelaki akan berasa kurang perkasa jika lebih dulu mencapai kepuasan daripada pasangannya. Biasanya ini terjadi pada lelaki yang baru mendirikan rumah tangga dan belum mahir lagi tentang hubungan seks. Mereka akan sukar mengawal emosi serta hasratnya, maka hasilnya adalah ejakulasi pra matang.
Kehilangan hasrat seksual
Sememangnya sesuatu yang normal jika sesekali tidak berasa bernafsu untuk seks. Walau sudah digodai pasangan namun hasrat itu tidak jua timbul. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh stress atau keletihan. Namun biar sesekali kehilangan nafsu seks, lelaki akan cukup risau kerana bimbang hasrat itu akan pergi buat selana-lamanya.
Pasangan tidak lagi dianggap menarik
Perkara ni bukan saja ditakuti oleh lelaki tapi juga wanita. Jika anda sudah berasa sedemikian maka ada baiknya meminta nasihat daripada pakar tentang hal ini. Mungkin kerana sudah tiada rasa cinta atau sayang atau mungkin sudah terpikat dengan insan lain. Ini sememangnya satu isu besar.
Takut isteri hamil atau terjangkit penyakit seksual
Tidak semua lelaki bersedia untuk bergelar bapa walau sudah lama berkahwin. Lelaki sebegini akan jadi cukup berhati-hati dalam urusan seks kerana bimbang pasangannya akan hamil. Sikap hati-hati ini kadang kala akan menyebabkan hasrat seks itu sekali gus menurun. Begitu juga kebimbangan pasangan terjangkit penyakit seksual apatah lagi jika lelaki itu sendiri memang mengalaminya.
Takut kecewa
Kebiasaan lelaki menonton filem lucah memberi kesan buruk sepada kehidupan seksual mereka. Kerap kali mereka member layanan seks yang sama panas seperti apa yang ditonton dalam filem. Namun kenyataannya wanita tidak mampu bersikap ekstrem dalam perhubungan seks. Keadaan ini akan menimbulkan kekecewaan.
Orang yang masuk sini cari:
- cara menimbulkan hasrat seks lelaki
- hasrat wanita tentang sex
- ketakutan perempuan seks
- layanan sex hebat untuk lelaki
- lelaki berumur dan seks
- Seks lelaki filem
- takut buat seks zakar sakit
- takut buat sex
- ukuran alat sulit
























