Sinonim
Keputihan memang sinonim dengan wanita. Setiap wanita samada dewasa ataupun remaja sering mengalami keputihan. Ini merupakan situasi biasa kerana faraj dan pangkal rahim sememangnya mengeluarkan lendir atau cecair yang dipengaruhi oleh paras-paras hormon estrogen dan progesteron di dalam darah wanita untuk melindungi sel-sel dan dinding saluran faraj.
Apa itu Keputihan
Keputihan atau flour albus dalam istilah perubatannya adalah cairan yang keluar dari vagina yang ada kalanya disertai dengan kegatalan, nyeri dan rasa terbakar di bibir kemaluan. Cairan ini juga kerap disertai dengan bau busuk di samping menyebabkan rasa sakit sewaktu membuang air kecil dan menjalinkan hubungan seksual.
Cecair keputihan memiliki warna yang bervariasi. ada berwarna putih, kekuningan dan kelabu. Bentuknya pula berupa cecair, kental dan seperti kerak susu. Begitu juga dengan baunya, ada berbau telur busuk, tidak berbau dan ada juga yang hanyir seperti bau ikan.
Tanpa lendir, sel-sel dan dinding saluran faraj akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan akan menimbulkan masalah seperti pendarahan di dinding faraj dan kesakitan sewaktu hubungan seksual. Selain itu, pangkal rahim juga menghasilkan lendir yang memainkan peranan penting di dalam percantuman benih lelaki (sperma) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan sebelum terjadinya kehamilan.
Perlu Rawatan Segera
Namun begitu, lendir atau keputihan yang terlalu banyak tidak boleh dipandang mudah. Ia perlu dirawat dengan kadar segera keranan keputihan kronik boleh menyebabkan kemandulan. Keadaan ini berlaku apabila keputihan yang tidak dirawat akan menyebabkan infeksi ke bahagian dalam rahim sehingga menyebabkan risiko yang bukan sekadar rasa gatal atau bau yang kurang menyenangkan tetapi merosakkan kilang telur, sehingga menyebabkan penyumbatan sel-sel telur dan seterusnya kemandulan.
Orang yang masuk sini cari:
- sebab mandul
- punca masalah keputihan
- punca mandul
- mandul
- punca perempuan mandul
- punca wanita mandul
- punca-punca mandul
- punca vagina berbau
- punca faraj berbau
- punca punca mandul

























ahahahhaha..bahaya ni……..
Kalau dah ada tanda keputihan yg tidak baik, dapatkanlah rawatan segera, secara moden
atau tradisional .
Jgn sampai dah terlambat