10 Kelebihan Latihan Beban

Latihan BebanAnda sudah sedia tahu bahawa latihan mengangkat berat atau latihan beban mampu membina kekuatan tubuh, meningkatkan metabolisma dan membantu menyingkirkan lebihan lemak di dalam badan. Entah di mana silapnya, senaman ini tidak begitu popular di kalangan wanita. Kebanyakan dari kita beranggapan latihan ini hanya sesuai dilakukan oleh lelaki. Kalau wanita yang melakukannya, tubuh mereka pasti akan menjadi segagah lelaki.

Benarkah begitu?

Judith Sherman Wolin, pelatih kecergasan berdaftar dan penulis Smart Girls Do Dumbbells berkata, kebanyakan wanita sering menyalah anggap tentang kebaikan pembinaan otot. Kesihatan otot yang baik boleh menghasilkan otot yang lembut, mudah lentur dan cantik. Secara tidak langsung, ia juga mampu mengekalkan kesihatan dan keremajaan tubuh. Sebaik sahaja anda faham tentang kepentingan latihan beban ini, anda mudah mencapai sebarang tujuan yang anda ingini dalam bidang kecergasan. Berikut adalah beberapa kelebihan yang bakal anda perolehi jika melakukan latihan beban.

Menghapuskan Lemak Di Bahagian Perut

Kajian yang diasaskan oleh National Institute of Health mendapati latihan beban yang dilakukan dalam masa dua kali seminggu mampu mengekalkan saiz pinggang dalam jangka waktu yang lama. Latihan beban diyakini mampu menyingkirkan lebihan lemak abdominal, iaitu lemak yang berkait rapat dengan penyakit jantung. Dengan ini, mereka yang kerap melakukan latihan beban terlindung daripada risiko penyakit diabetes dan angin ahmar.

Melawan Tekanan

Latihan beban mampu melawan sebarang tekanan yang ada. Pendapat ini dinyatakan oleh para penyelidik dari Unversity Harvard. Para penyelidik ini mendapati wanita yang sedang tertekan berjaya mengawal tekanan masing-masing setelah mengikuti latihan beban yang diwujudkan untuk mereka.

Pengurangan Risiko Sakit Jantung

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu wanita. Kajian berjaya membuktikan bahawan aktiviti angkat berat mampu merendahkan paras LDL (Kolesterol Jahat) dan meningkatkan paras HDL (kolesterol baik). Semua ini menuju ke arah kesihatan kardiovaskular.

Memperbaiki Tidur Anda

Mereka yang kerap melakukan latihan beban dipercayai lebih mudah melelapkan mata, mendapat tidur yang lebih nyenyak, kurang terjaga sepanjang tidur dan menikmati tidur yang lebih panjang. Bahkan, latihan ini jauh lebih beik daripada penggunaan sesetengah pil tidur. Yang baiknya, ia tiada kesan sampingan.

Meningkatkan Imej Tubuh

Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang

Latihan angkat berat bukan hanya membina otot bahkan ia turut memperbaiki imej tubuh dan keyakinan diri. Satu kajian yang disiarkan di dalam jurnal Body Image mendapati, wanita yang mampu menambahkan beban yang diangkat akan merasa lebih berkeyakinan dengan tubuh mereka. Selain itu, mereka juga lebih mudah berpuas hati dengan latihan yang mereka lakukan.

Kawalan Berat Badan

Walaupun latihan aerobik sering diwarwarkan sebagai latihan terbaik untuk menurunkan berat badan, sebenarnya latihan beban akan memberikan hasil yang lebih baik. Selain berjaya mengawal berat badan, ia juga mampu meningkatkan kadar metabolik tubuh. Selain itu, latihan mengangkat berat juga boleh meningkatkan kadar metabolik anda sehingga 15 peratus.

Melegakan Masalah Sakit Belakang

Kajian terdahulu berjaya menemui kaitan antara beban dengan masalah sakit belakang. Apabila anda mengangkat beban, secara tidak langsung ia mensasarkan kepada bahagian otot belakang anda. Dengan ini, masalah sakit belakang juga berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit.

Meningkatkan Pencernaan

Satu kajian yang dikendalikan oleh University if Maryland mendapati latihan beban adalah faktor penting terhadap masa yang anda peruntukkan untuk pencernaan. Latihan beban yang biasa meningkatkan kepantasan pencernaan sebanyak 56 peratus dan mengurangkan risiko kanser kolon.

Membina Kelenturan Tulang

Walaupun anda berusia awal 20 an, ia bukalah terlalu awal untuk meningkatkan perlindungan terhadap massa tulang anda. Wanita mula mengalami penyusutan massa tulang pada usia 30 tahun. Namun, penyelidik berjaya menemui fakta bahawa tindakan ini boleh diperlahankan jika anda mengamalkan latihan beban yang teratur. Penyelidik dari Tufts University mendapati latihan yang memfokuskan kepada saraf mampu membina massa tulang dalam masa enam hari.

Mengurangkan Sakit Arthritis

Kesakitan akibat osteoporosis dan rheumatoid arthritis berjauya dikurangkan dengan latihan angkat berat yang teratur. Merujuk kepada kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Rheumatology menyatakan, otot yang kuat boleh bertindak sebagai hentakan kuat pada tulang sendi dan dalam masa yang sama melegakan sakit pada tulang.

Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang

Orang yang masuk sini cari:

  • bina otot
  • petua hilangkan sakit pinggang
  • cara untuk kuatkan Badan
  • latihan aerobik
  • cara menguatkan otot
  • petua cergaskan badan
  • kelenturan
  • petua kuatkan pinggang
  • kuatkan pinggang
  • cara menguatkan pinggang
This entry was posted in Kesihatan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>