Masalah Ketidakpuasan Seks (Khas untuk wanita)

Mengikut kajian di Barat antara 33 peratus hingga 67 peratus wanita mengalami masalah ketidakpuasan dalam hubungan seks atau memiliki libido rendah.

Libido rendah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Keletihan, tekanan serta tanggung jawab harian sebagai isteri dan ibu adalah faktor psikologi utama yang menyumbang kepada masalah ini.

Ada kajian menunjukkan seorang ibu yang mempunyai anak berumur kurang dari lima tahun mempunyai risiko mendapat masalah ini tiga kali ganda berbanding wanita yang lain.

Ada beberapa faktor lain yang boleh mengurangkan nafsu seksual wanita. Ini termasuk:

Masalah kesihatan seperti endometriosis, fibroids, penyakit thyroid dan kencing manis. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan seperti ubat anti kemurungan dan sesetengah ubat yang diberi untuk rawatan penyakit darah tinggi.

Masalah hormon yang berlaku ketika mengandung dan menyusu juga boleh mempengaruhi libido. Bagi wanita yang pada peringkat umur pertengahan juga boleh mengalami masalah sama. Kekurangan hormon estrogen ketika peringkat umur ini juga mengakibatkan kekeringan vagina. Ini mendatangkan kesakitan ketika mengadakan hubungan seks serta secara tidak langsung mempengaruhi nafsu seksual.

Masalah hubungan suami isteri juga boleh mempengaruhi nafsu. Wanita memerlukan lebih tumpuan dan belaian serta interaksi bersama pasangan jika dibandingkan dengan lelaki. Tindak balas seksual wanita adalah lebih kompleks dari lelaki. Nafsu wanita boleh bangkit hasil dari interaksi seperti belaian, percakapan atau makan malam romantis.

Kebanyakan lelaki hanya mementingkan kepuasan seksual diri sendiri. Jika tumpuan dan perhatian ini tidak berlaku dalam perhubungan suami isteri, libido akan terjejas.

Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang

Untuk mengatasi masalah ini , paling penting untuk diingat ialah soal kekerapan hubungan seksual bukanlah pengukur. Apa yang penting ialah kepuasan dalam hubungan seksual.

Komunikasi antara pasangan juga penting. Suami perlu faham jika isteri mengalami masalah ini serta membantu isteri mencapai kepuasan, bukannya mengutamakan kepuasan suami saja.

Ada beberapa cara yang dicadangkan pakar terapi seksual wanita bagi memulihkan libido. Antara langkah itu ialah:

Berbincang dengan suami mengenai masalah yang dihadapi. Cari jalan penyelesaian bersama. Semasa hubungan seksual, minta suami memberi tumpuan lebih kepada fokus erotik yang ada pada diri si isteri.

Banyakkan foreplay dan stimulasi. Beritahu suami apa yang anda mahu semasa hubungan seksual. Usah tumpukan kepada kemaluan saja. Cari kelainan dan ubah cara hubungan seksual seperti tukar posisi dan tempat melakukan hubungan seksual.

Hubungan seksual tidak terhad pada bilik tidur saja. Gunakan imaginasi anda. Pastikan tempat tidur kondusif dan romantik untuk hubungan seksual. Elak dari gangguan ketika hubungan seksual seperti anak menangis dan bunyi telefon.

Ambil masa untuk melakukan hubungan seksual. Usah terburu-buru mencapai orgasme. Ini penting untuk difahami terutama bagi pihak suami.

Onani adalah salah satu cara baik memulihkan libido. Anggapan bahawa wanita yang melakukan onani tidak akan puas apabila bersama pasangan, adalah tidak benar.

Onani akan membolehkan isteri mengenali fokus erotik pada badan serta apa yang membawa kepada kepuasan seksual dan orgasme. Maklumat ini perlu disampaikan kepada suami. Ketika melakukan hubungan, isteri boleh menggunakan maklumat ini untuk memberi kepuasan kepada anda.

Jika isteri mengalami masalah kekurangan lubrikasi pada vagina yang membawa kepada kesakitan ketika hubungan seksual, krim pelincir berasaskan air boleh digunakan. Krim pelincir ini boleh didapati dengan mudah di farmasi.

Ketika ini, tidak ada ubat khusus untuk merawat masalah kekurangan libido pada wanita. Kebanyakan rawatan tertumpu kepada terapi psikologi dan kaunseling. Kajian Barat membabitkan penggunaan ubat PDE5 inhibitor seperti Viagra gagal menunjukkan keberkesanan merawat masalah ini. TL

Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang

Orang yang masuk sini cari:

  • gian main
  • wanita gian
  • masalah sex wanita
  • ubat untuk wanita
  • masalah sex bagi wanita
  • tidak puas sex
  • masalah sex lelaki
  • ubat gian
  • punca kurang puas sewaktu seks
  • kurang pelincir semasa hamil
This entry was posted in Tips Seks and tagged , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Masalah Ketidakpuasan Seks (Khas untuk wanita)

  1. novianti lesmana says:

    saya bernama novianti (22thn)
    sy menikah selama 2thn…selama saya mempunyai anak,saya tidak puas berhubungan sex dengan suami saya…begitu suami saya tidak merasakan kepuasan dlm berhubungan intim…yg saya mau tanyakan bagaimana caranya agar saya dan suami saya mendapat kepuasaan tersebut??terimakasih…

    • TL says:

      Salam Novianti,

      Cuba Novianti berkomunikasi dengan suami, apa yang sebenarnya Novianti mahu dalam seks. Suami juga perlu luahkan apa yang dia nak dalam seks. Sesetengah orang mempunyai Imiginasi Seks yang tersendiri yang kadangkala tidak dapat dicapai. Asalkan imiginasi itu, tidak melanggar hukum-hukum yang digariskan oleh Agama.

      Tetapi dengan berkomunikasi dan berbincang, ia dapat diatasi. Yang penting Novianti perlu luahkan segalanya tanpa rasa malu kepada suami. Suami pula perlu beri kerjasama dalam perkara ni. Sebagai contoh; Saya nak awak jilat di puting saya yang sebelah kiri ni sambil memasukkan jari di dalam cipap saya. Ceritakan dengan terang agar masing-masing faham keinginan masing-masing.

      Ada sesetengah wanita, tidak perlu lama untuk mengadakan perhubungan seks bersamanya, jika titik orgasmenya sudah dapat dikesan. Mengikut pengalaman saya, wanita yang ingin lama melakukan seks ialah kerana, titik yang menghairahkannya tidak dapat diteroka. Oleh itu, bagitau! Manakah titik itu?

      Komunikasi dan tindakan amat penting..

  2. ana says:

    Salam..

    Saya baru berkahwin..perjalanan hubungan seks kami tidak berjalan dgn lancar..di hari pertama saya merasa amat sakit..kerana kurang pelincir..begitu hari2 berikutnya..saya juga tidak merasai nikmat hubungan..faraj saya kaku dan tiada kemutan pada zakar suami..ini merisaukan sy krn tidak dpt memberi kepuasan sepenuhnya pada diri dan suami..Bagaimana sy dapat mengatasi masalah ini..adakah sebarang ubat di pasaran dapat memulihkan masalah sy ini..

    Wasalam..

    • TL says:

      Saya mempunyai pengalaman tentang masalah Ana. Sebelum ini ada beberapa wanita yang mempunyai masalah seperti Ana, tetapi alhamdullilah kerana mereka sudah sembuh setelah saya menyarankan suatu produk yang terbukti berkesan jika Ana amalkannnya.. Sila email ke admin@tanyalelaki jika Ana berminat dengan produk tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>