Mengapa Wanita Jalin Hubungan Intim

Isteri Curang

Barangkali arus kemodenan. Mungkin juga disebabkan terbukanya skop pemikiran. Apa yang pasti wanita hari ini menjalinkan hubungan intim bukan kerana cinta dan keghairahan. Tetapi atas sebab-sebab lain yang langsung tidak romantik termasuklah melepaskan diri daripada kebosanan, rasa kasihan terhadap lelaki dan untuk melegakan sakit kepala akibat migran.

Profesor psikologi di Universiti Texas, Dr Cindy Meaton dan Dr. David Buss mengetengahkan 200 sebab mengapa wanita menjalinkan hubungan seks dalam ‘Why Women Have Sex’ Tertarik pada pasangan berada nun jauh di bawah senarai berbanding untuk menghilangkan, melegakan sakit kepala dan sebagai tanda terima kasih untuk makan malam yang hebat.

Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki mendapati kebanyakan wanita sangat menarik daripada seksual. Sedangkan kebanyakan wanita pula berpendapat sebaliknya iaitu kaum lelaki langsung tidak menarik secara seksual, seperti mana yang dilaporkan dalam the Telegraph. Ia berdasarkan soal selidik yang dilakukan ke atas 1,006 wanita di Amerika Syarikat dan jawapan yang ditemui agak memeranjatkan.

Seorang wanita mendedahkan dia menjalinkan hubungan intim untuk merasai pengalaman spiritual dan berpendapat ia merupakan saat dia paling rapat dengan tuhan. Sementara yang lain mengaku melakukan seks melegakan sakit kepala dan menjadikan kemahiran seksual lebih baik serta menghilangkan masalah jerawat.

Bagaimanapun, majoriti iaitu 84% mengaku mereka menjalinkan hubungan intim bagi menjalani kehidupan yang tenang dan sebagai imbalan untuk pasangan melakukan kerja-kerja rumah tangga.

Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang

“Saya mengadakan hubungan seks untuk menghilangkan kebosanan. Ia lebih mudah daripada bergaduh. Ia memberi saya sesuatu untuk dilakukan.” Kata seorang respondan. Seorang wanita pula memberitahu. “Saya menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki kerana berasa kasihan kepada mereka.”

Satu soal selidik yang dilakukan oleh penyelidik mendedahkan seorang daripada 10 wanita mengaku menjalinkan hubungan seks untuk mendapatkan habuan seperti hadiah atau menikmati makan malam di restoran mahal. Antara respons yang diterima termasuklah si dia menghadiahkan satu makan malam yang enak atau dia membelanjakan wang yang banyak untuk saya. Dia menghadiahkan saya hadiah yang mahal dan dua sanggup memberikan kehidupan yang mewah untuk saya.

Lelaki Idaman Wanita

Bagaimanapun kajian di atas hanya membabitkan seribu wanita di luar negara. Secara purata, rasa cinta dan keindahan fizikal masih menjadi daya tarik utama yang membuat seseorang tertarik dan ingin menjalinkan hubungan intim. Apakah lagi jika pasangan kita dikategorikan sebagai seksi. Seksi memang berkait rapat dengan daya tarikan seks. Tetapi bukan hanya wanita yang punya daya tarikan seks, lelaki juga memilikinya. Ia memang diperlukan untuk menarik perhatian berlainan jantina.

Menurut Charles Darwin, dalam buku The Descent Of Man dan Selection in Relation to Sex, golongan lelaki lebih cenderung memilih wanita berdada penuh dan memiliki pinggul yang lebar. Wanita seperti ini kononya lebih mudah melahirkan dan merawat bayinya. Namun bagaimana dengan wanita?

Ternyata bukan lelaki saja yang terpesona pada wanita disebabkan sisi visualnya. Wanita juga lebih mudah dicuri perhatiannya bila melihat lelaki yang bertubuh bagus.

Menurut Charles Panati, dalam bukunya Sexy Origin and Intimate Things, sebelum era lelaki beramai-ramai membentuk badan di gim, wanita lebih menyukai lelaki yang badanya besar dan gemuk.

Namun cita rasa mereka berubah apabila 88% wanita kini lebih tertarik pada lelaki yang tinggi dan tegap kerana membuat wanita berasa dilindungi. Kemudian bentuk badan ala ahli sukan dan bahu lebar mampu mencuri tumpuan seorang wanita. Tetapi bagaimanapun sekiranya anda dikurniakan bentuk tubuh yang kurang membuat lawan jenis tertarik. Mungkin tebal atau nipisnya poket boleh digunakan sebagai senjata.

Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang

Orang yang masuk sini cari:

  • cerita sex isteri curang
  • kenapa perempuan curang
  • kenapa wanita curang
  • permpuan seksi luar negara
  • cerita sex curang
  • main dengan wanita gemuk
  • sex curang
  • fizikal wanita idaman lelaki
  • hubungan intim
  • kenapa isteri curang
This entry was posted in Sosial and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>