Sakit kepala ke? Jangan risau. Kesakitan yang anda rasai boleh diubati dengan pengambilan menu di bawah:
Kentang Panggang
Elin Palinski, pakar diet dari New Jersey, Amerika Syarikat, menjelaskan kandungan potassium yang tinggi di dalam kentang panggang mampu mengatasi sakit kepala.
Tembikai
Salah satu sakit kepala adalah dehidrasi. Justeru, kandungan air serta vitamin dan mineral yang banyak di dalam tembikai dapat membantu melegakan sakit kepala.
Kopi
Ya! Kopi. Ramai orang sering beranggapan kopi sebagai punca sakit kepala. Tanggapan itu salah sama sekali. Sebaliknya kopi berupaya memerangi serangan sakit kepala kerana keampuhannya menyempitkan pembuluh darah yang membesar ketika serangan penyakit tersebut.
Roti Gandum
Kekurangan karbohidrat turut menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, pengambilan sumber karbohidrat yang mudah dicerna seperti roti gandum amat membantu.
Badam
Dengan keupayaannya melancarkan peredaran darah, badam mempu merawat sakit kepala yang terjadi akibat penyepitan dan pembengkakan pembuluh darah.
Orang yang masuk sini cari:
- sakit kepala ketika seks
- penyakit medu
- ubat medu
- punca penyakit medu
- kopi buah pinggang
- ubat penyakit medu
- sakit kepala ketika melakukan seks
- sakit kepala kerana sex
- penerangan tembikai dapat vitamin dan mineral yang baik
- ubat saki kepala

























Tang kopi tu tak berapa setuju sbb doktor pernah pesan, memang sedap kopi tapi buat jangkamasa panjang tak elok. Sebab kopi adalah punca ganggu hormon dan kestabilan kimia dalam badan, badan kita tak mahu perfect, badan kita cuma mahu keseimbangan (balance) dalam segala hal. Lagipun kopi boleh merosakkan buah pinggang jika diminum terlalu kerap, kira toxic lak.
Aku suka ada orang tak setuju.. Kopi memang boleh jadi penyembuh sakit kepala.. Kalau cite bab toxic, makanan sekarang memang banyak toxic, bukan kopi je.. kalau rasa malas nk minum kopi kampung, boleh pergi minum kat starbuck..