Pemeriksaan Kesihatan Penting Untuk Lelaki

Pepatah mengatakan, mencegah lebih baik dari merawat. Tetapi ramai yang ambil acuh tak acuh dalam bab ini. Bila dah kena baru nak menyesal. Jika anda tidak sihat, banyak perkara yang tidak boleh dilakukan dan secara tidak langsung tahap kebolehan seks pun akan menurun.

Mengapa pemeriksaan awal perlu dilakukan? Kerana ia dapat mengesan penyakit yang mungkin akan menjadi serius pada masa akan datang. Jadualkan pemeriksaan anda, seperti pemeriksaan kereta anda dijadualkan. Kalau kereta untuk berjalan jauh perlu periksa minyak hitam dan sebagainya, apalagi untuk diri sendiri. Berikut adalah beberapa pemeriksaan kesihatan yang wajar dilakukan oleh seorang lelaki.

Pemeriksaan Testikular

Kanser testis kerap berlaku pada lelaki yang berumur dari 15 hingga 35 tahun. Walaupun kadar kematian adalah rendah bagi penyakit ini, pemeriksaan awal adalah perlu, kerana penyakit ini boleh diubati di tahap awal.

Lelaki harus memasukkan pemeriksaan ini dalam jadual kesihatan tahunan supaya doctor boleh melihat sebarang kelainan di alat sulit, seperti benjolan atau bengkakan. Boleh dilakukan dirumah untuk melihat samada alat sulit anda ada sebarang perubahan, dari segi saiz ataupun berat testis. Jika ada, pastikan anda rujuk untuk pemeriksaan selanjutnya dengan pakar.

Pemeriksaan Digital Rectum

Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang

Ini juga perlu dilakukan setiap tahun. Pentingnya pemeriksaan ini juga mampu mengesan kanser prostat pada peringkat awal.

Lelaki yang berusia lebih 50 tahun amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan ini setiap tahun, begitu juga lelaki muda yang ada antara ahli keluarga yang mengalami penyakit ini.

Semasa pemeriksaan ini doctor akan menggunakan pelincir selain sarung tangan untuk memeriksan benjolan atau kelainan pada prostat.

Pemeriksaan Tahap Kolesterol

Memandangkan tiada symptom untuk masalah kolesterol tinggi jadi rami kalangan lelaki yang hanya mengetahui masalah ini mereka mengalami serangan jantung ataupun strik. Pada tahap ini pastinya sudah terlewat untuk merawatnya.

Oleh itu disarankan lelaki yang berusia 20 tahun keatas menjalani pemeriksaan ini setiap tahun atau lebih kerap lagi jika mempunyai ahli keluarga dengan masalah ini.

Pemeriksaan Kanser Kulit

Organ yang paling besar ialah kulit. Kanser kulit antara penyakit yang paling kerap dikaitkan dengan bahagian tubuh ini. Risiko adalah pada manusia yang berkulit cerah. Mempunyai tahi lalat yang banyak atau selalu terdedah dengan matahari juga adalah antara yang berisiko. Pemeriksaan ini harus dilakukan dari masa ke semasa dan setahun sekali ke pakar dematologis sekiranya termasuk dalam golongan mereka yang berisiko tinggi.

Bagaimanapun tanpa pemeriksaan doctor, anda sendiri boleh mengenal pasti kelainan pada kulit anda. Ia cukup mudah untuk dikenalpasti. Perhatikan perubahan pada bahagian kulit yang kerap terdedah pada cahaya matahari. Sekerinya anda mendapati ia berubah bentuk, warna atau terdapat pembentukan tahi lalat baru yang kelihatan mencurigakan, sebaiknya bertemulah doktor. TL

Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang

Orang yang masuk sini cari:

  • memeriksa kesihatan testis
  • cerita seks pemeriksaan kesihatan
  • pemeriksaan sendiri testis
  • pemeriksaan kesihatan seksi
  • pemeriksaan kanser untuk lelaki
  • pemeriksaan kanser
  • mengapa pemeriksaan kesihatan penting?
  • kisah pemeriksaan kesihatan doktor lelaki
  • kesihatan testis
  • kenapa perlu pemeriksaan kesihatan
This entry was posted in Kesihatan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>