Pemindahan Rahim Yang Pertama Berjaya Dilakukan Di Dunia

pemindahan rahimANTALYA: Satu perkara yang agak pelik, tetapi Sekumpulan doktor dari Turki telah berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim pertama di dunia. Perkara ini dikatakan ajaib kerana rahim yang dipindahkan itu adalah rahim seorang wanita yang telah mati. Rahim si mati telah dipindahkan kepada seorang wanita yang muda.

Doktor tersebut adalah dari Hospital Universiti Akdeniz di selatan wilayah Antalya, telah berjaya melakukan pembedahan memindahkan rahim kepada Derya Sert, 21, yang dilahirkan tanpa saluran peranakan pada 9 Ogos lalu. “Pembedahan itu berjaya…tetapi kami mungkin rasa ia lebih berjaya jika Derya dapat melahirkan anak,” kata Dr Omer Ozkan.

“Buat masa ini, kami gembira kerana tisu rahim itu berfungsi dengan baik,” katanya.

Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang

Pembedahan itu sebenarnya adalah pembedahan pemindahan rahim yang ketiga di dunia tetapi kali pertama meraih kejayaan di dunia. Pembedahan pertama dilakukan di Denmark pada 1931 tetapi penerima organ meninggal dunia tiga bulan kemudian selepas tubuhnya menolak organ pemindahan itu. Pembedahan kedua dilakukan di Arab Saudi pada 2000 daripada penderma cacat. Pembedahan itu gagal selepas 99 hari ekoran pembekuan organ dan memaksa pakar bedah mengeluarkan semula rahim yang telah dipindahkan itu.

“Dalam pembedahan itu, urat saraf terlalu pendek untuk anastomosis dan uterus tidak dapat ditampung dengan baik,” kata Dr Munire Erman Akar, seorang pakar dalam kumpulan pembedahan.

Doktor di Turki itu berkata, mereka mengelak masalah dalam pembedahan itu dengan memindahkan tisu besar yang mengelilingi uterus dan meletakkannya di dalam tubuh penerima bersama saluran organ.

Nampaknya tiada perkara yang mustahil di dunia ini jika kita tetap berusaha tanpa rasa bosan dan cekal menghadapinya.

Berita telah diolah dari : Harian Metro

Maxis Offer Broadband Laju <--Dapatkan sebelum terlambat
Gadjet Percuma <--Dapatkan Sekarang

Orang yang masuk sini cari:

  • pembedahan rahim
  • rahim berbau
  • doktor pakar mandul lelaki
  • doktor pakar urat saraf
  • mandul selepas melakukan pengguguran kandungan
  • perkara yang dilakukan seorang selebriti
  • permindahan rahim
  • rahim wanita
  • wanita memancutkan mani didunia
This entry was posted in Global, Tip Kehamilan and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>