Lelaki dijadikan Tuhan pasangan bagi wanita. Hawa dicipta daripada tulang rusuk kiri Adam untuk menemani baginda di syurga. Haiwan jantan akan mencari haiwan betina. Begitulah yang digariskan Tuhan. Semuanya dijadikan berpasang-pasangan. Namun cukup menyedihkan fenomena yang melanda dunia kini menongkah arus melawan fitrah ketetapan azali. Banyak lelaki sekarang tidak lagi mencari wanita. Pasangan pilihan mereka adalah lelaki juga.
Mengapa keadaan ini berlaku? Apakah ciri-ciri yang boleh menghalalkan perubahan tersebut? Mengikut Dr Ismail Thamby terdapat tiga golongan iaitu khunsa, pondan atau mak nyah dan golongan homoseksual.
Khunsa seperti yang diketahui dilahirkan dengan dua alat kelamin, proses pembentukan alat kelamin terjadi serentak. Embrio mempunyai testis yang menghasilkan hormon testosteron dan juga ovari yang merembeskan hormon estrogen. Biasanya kanak-kanak yang dilahirkan dengan dua alat kelamin mirip lelaki dan perempuan akan mendapat pemeriksaan sex assingment process. Ia dilakukan mana lebih dominan atau cenderung ke arah mana.
Proses tersebut agak kompleks serta membabitkan beberapa siri ujian termasuk ujian baka. Ini memerlukan kerjasama padu daripada keluarga demi menghindari seribu macam kesulitan yang pada kanak-kanak tersebut dewasa nanti. Andai ujian memihak kepada alat kelamin wanita, kanak-kanak itu akan dibesarkan sebagai perempuan secara fizikal dan mental.
Golongan pondan atau lebih glamor disebut mak nyah terjadi di atas beberapa sebab. Mereka dilahirkan sebagai lelaki. Organ seksnya lengkap seperti lelaki. Mempunyai zakar, kerandut zakar, buah zakar dan zakar menegang apabila menerima rangsangan seks.
Mak nyah mungkin berpakaian sepenuhnya sebagai wanita sejati, berdandan rapi bahkan penampilan luaran mereka lebih sempurna daripada wanita. Mereka mudah dikenali daripada susuk tubuh, lenggang-lenggok berjalan, cara bertutur dan nada suara yang dikawal. Kebanyakan mak nyah mengatakan mereka adalah wanita sejati tetapi terperangkap dalam tubuh lelaki. Mereka berjiwa wanita tulen dan akan berusaha sedaya upaya untuk menonjolkan imej atau jati diri sebagai wanita. Sebagaimana wanita perasaan mereka halus, sensitif dan hanya tertarik kepada insan berlawanan jenis. Rangsangan seksual mak nyah hanya dengan lelaki.
Golongan ini adalah penderita transeksualisme. Mereka akan berusaha mengubah keadaan tubuhnya menjadi seperti wanita dengan cara membesarkan buah dada melalui suntikan dan mengambil hormon untuk membantu mereka menjadi lebih feminin. Penderita ini biasanya hanya akan berasa lebih tenteram apabila dapat menukar jantinanya.
Sulit untuk mengerti mengapa mereka menjadi demikian. Antara sebab yang mungkin menjadi punca adalah salah bawaan ibu bapa sewaktu mereka kecil. Ada ibu yang tidak mempunyai anak perempuan dan teringin memilikinya. Atas desakan keinginan, si ibu cenderung memakaikan bayi lelaki pakaian perempuan dan membeli permainan perempuan. Secara perlahan pengaruh begini meresap ke jiwa kanak-kanak dan secara semula jadi membentuk peribadi wanita.
Sebab lain mungkin ditekan perasaan rendah diri kerana alat kelaminnya. Zakar terlalu kecil. Kebimbangan yang menghantui tidak dapt menjadi lelaki sempurna memaksa mereka mengubah haluan menjadi perempuan. Ada pula yang membesarkan dengan adik-beradik perempuan semuanya. Sedikit sebanyak pergaulan sesama mereka membuat dia cenderung mengikut cara kakak-kakaknya daripada segi berpakaian, tingkah laku dan juga berfikir.
Wabak baru yang pantas berjangkit sekarang ini adalah golongan yang berpakaian seperti lelaki normal tetapi memperlihatkan sifat lembut dengan cara berjalan dan bertutur. Golongan ini biasanya berdandan cantik seperti wanita andai ada kesempatan terutamanya pada waktu malam. Gemar memikat lelaki dan membuat hubungan seks dengan mereka. Walaupun banyak yang hidup sebagai lelaki biasa sebelumnya, kerana pengaruh kawan serta terikut-ikut mereka berasa seronok dan ingin mencuba. Biasanya minat ini tidak lama dan boleh berubah jika mereka mahu.
Tetapi golongan yang ketiga ini lebih sukar difahami. Secara lahiriahnya mereka lelaki sempurna. Malah mereka berbangga tampil sebagai lelaki tetapi mempunyai cita rasa seks luar biasa. Rangsangan atau berahi seks golongan ini hanya tumpah kepada kaum sejenis sahaja. Golongan ini dinamakan homoseksual wanita atau lebih dikenali sebgai lesbian kurang ketara berbanding lelaki.
Walaupun peratusan lelaki homoseksual di negara kita masih kurang berbanding dunia barat, jumlahnya dikategorikan banyak dan membimbangkan. Golongan ini tidak boleh dikenal pasti. Tidak ada perbezaan ditunjukkan antara homoseksual dan heteroseksual ( seks berlawanan jenis ) dari segi luarannya. Tingkah laku seks sahaja yang berbeza. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan profesional dan mungkin mereka rakan atau jiran anda. Perlakuan seks homoseksual berlaku secara liwat ( hubungan melalui dubur ) atau menghisap zakar pasangan masing-masing sehingga mencapai kepuasan.
Puncanya? Terdapat teori atau pendapat mengatakan ia berlaku disebabkan gen cacat yang diwarisi keturunan. Malah ada mengaitkan dengan kegagalan hormon atau gangguan hormon sewaktu di dalam perut ibu. Ada juga kajian mengatakan kegemaran berahi homoseksual terjadi kerana lelaki tersebut mempunyai paras hormon testoteron ( hormon lelaki ) rendah di dalam darah. Tetapi menurut kajian psikologi terdapat beberapa sebab yang mendorong terbentuknya kegemaran homoseksual. Antaranya sikap ibu bapa terlalu mengongkong anak. Bapa kurang menunjukkan kasih sayang dan hubungan terlalu rapat dengan ibu tapi renggang dengan bapa.
Orang yang masuk sini cari:
- blog mak nyah
- kisah lesbian
- transeksualisme
- cerita pondan
- kisah homoseksual
- cerita homoseksual
- pondan malaysia
- cerita seks pondan
- cerita mak nyah
- homeseksual























