Meskipun ramai wanita mengeluh tentang masalah sakit belakang , namun hakikatnya adalah, golongan lelaki yang paling ramai mengidap sakit ini berbanding wanita. Antara penyebabnya adalah lelaki lebih kerap melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan fizikal dalam kegiatan harian.
Walaubagaimanapun, masalah sakit belakang bukanlah masalah yang tiada jalan penyelesaian. Ada beberapa rawatan yang sesuai untuknya. Ia adalah seperti berikut:
SENAMAN CEGAH SAKIT BELAKANG
Terapi Fizikal
Matlamat terapi fizikal ialah membantu meningkatkkan fungsi dan mengurangkan kesakitan. Ada beberapa teknik terapi yang biasa digunakan untuk menghasilkan latihan kekuatan dan fleksibiliti pada tubuh. Contohnya teknik mobilisasi (meregangkan otot secara berperingkat).
Akupuntur
Jarum akupuntur dikatakan dapat mengaktifkan otak untuk menghasilkan endorphins yang secara semulajadi akan menghasilkan sejenis kimia bagi mengurangkan kesakitan. Dalam rawatan ini, akupuntur digunakan sebagai pengawal kesakitan dan bukan membetulkan masalah yang dialami pada bahagian tulang belakang
Urutan
Teori paling popular ialah urutan, ia dapat mengurangkan kasakitan otot-otot. Ia membantu memudahkan pengaliran darah dan menghilangkan kotoran dalam darah. Ini disokong oleh satu kajian yang menunjukkan sentuhan (urutan) dapat mengurangkan kesakitan dan juga ketegangan.
Yoga dan Tai Chi
Aktiviti ini menggabungkan latihan fleksibiliti dan teknik pernafasan yang digunakan untuk merawat sakit belakang sejak dulu lagi, Gerakan dilakukan dengan cara perlahan dan sistematik dapat mengurangkan risiko sakit belakang berterusan. Malah ia merupakan satu cara terbaik bagi mereka yang bekerja keras untuk memulihkan tenaga dan menenangkan fikiran.
Senaman
Dalam keempat-empat rawatan di atas. Cara paling berkesan untuk mencegah sakit belakang adalah dengan mengamalkan senaman dan cara hidup sihat. Lakukan sedikit regangan semasa bangun dan mahu tidur, juga sebelum dan selepas bekerja. Ia membantu tulang belakang agar lebih fleksibel dan tidak terdedah pada kecederaan dan kesakitan.
Cara paling berkesan untuk mencegah sakit belakang adalah dengan mengamalkan senaman dan cara hidup sihat
Orang yang masuk sini cari:
- senaman sakit pinggang
- senaman untuk sakit pinggang
- senaman untuk tulang belakang
- masalah sakit tulang belakang
- senaman untuk pinggang
- senaman sakit tulang belakang
- terapi fizikal
- Cara melegakan sakit pinggang
- senaman untuk sakit belakang
- senaman pinggang

























Pingback: Tweets that mention Masalah Sakit Belakang | Senaman Cegah Sakit Belakang | Masalah Sakit Tanya Lelaki -- Topsy.com
erk..bahaya ni sakit belakang..