Perkahwinan merupakan detik yang dinantikan oleh setiap pasangan bercinta. Detik ini menjadi hari yang penuh bermakna apabila diserikan dengan busana indah dan solekan yang memukau. Namun saat hati berbunga riang, tubuh terasa lesu dan tidak bermaya sedangkan segalanya perlu bertahan dari pagi hingga ke malam.
Faktor kesihatan terutamanya corak pemakanan merupakan punca utama permasalahan ini berlaku. Bagi bakal pengantin, penjagaan kesihatan dan pemakanan amat penting dalam memberi kekuatan sama ada aspek mental mahupun fizikal. Ikuti 3 tip untuk anda menjadi sihat dan cantik menjelang hari perkahwinan.
1. Bukan Dalam Masa Suntuk
Harus diingat, berat badan yang anda idamkan tidak mungkin dapat dicapai dalam jangka masa suntuk. Peruntukan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh perkahwinan bagi menjalankan program diet. Mulakan pemakanan yang sihat dan senaman yang berkualiti dari awal. Kurangkan kuantiti makanan anda tetapi makan secara kerap. Pastikan nutrien yang diperlukan tubuh diperlukan tubuh mencukupi pada setiap hari.
2. Sasaran Logik
Jangan sesekali mengimpikan untuk turun sebanyak 10 kg dalam masa dua bulan. Diet tanpa kawalan atau secara drastik hanya akan menyebabkan tubuh menjadi lemah akibat kehilangan otot dan tisu, bukannya lemak. Ambil jangka masa, misalnya enam bulan tersebut – letakkan sasaran penurunan sebanyak 2 kg setiap bulan. Penurunan sebanyak 12 kg pasti sudah memadai bagi anda yang memiliki berat 60 kg.
3. Jangan Keterlaluan
Kesibukan anda menguruskan majlis perkahwinan yang boleh dianggap besar, anda sebenarnya memerlukan lebih banyak tenaga. Jangan kerana ingin mendapatkan tubuh yang langsing bagi menggayakan busana impian, anda menggunakan pendekatan diet secara ketat dan senaman yang ekstrem. Jauhi pil-pil kurus atau menahan lapar yang hanya akan mendatangkan kesan buruk kepada diri anda.
Cantik
Sihat
Orang yang masuk sini cari:
- menjelang hari perkahwinan
- penjagaan diri sebelum kahwin
- petua cantik bakal pengantin
- tips cantik di hari perkahwinan
- petua menjelang perkahwinan
- menjelang perkahwinan
- tips menjelang hari perkahwinan
- penjagaan badan sebelum kahwin
- petua cantik sebelum kahwin
- penjagaan kesihatan sebelum kahwin
























