Tahukah anda, Vitamin C juga dipanggil sebagai ascorbic (asid askorbik). Keperluan minima yang disyorkan adalah 60mg sehari. Apa lagi yang perlu anda tahu tentang Vitamin C?
Vitamin C
Vitamin C Amat Tidak Stabil
Vitamin C mudah rosak apabila terdedah kepada pencemaran, stres, proses oksidasi (seperti terdedah kepada udara), merokok dan sebagainya.
Vitamin C Larut Dalam Air
Ia mudah dibuang melalui air kencing dan peluh. Pengambilan berterusan penting untuk memastikan kandungan dalam badan tidak rendah.
Vitamin C
Jika Anda Kekurangan Vitamin C..
Apakah akibatnya jika tubuh anda kekurangan Vitamin C?
1. Pendarahan dalaman (haemorrhages) di mana ada tanda-tanda lebam hitam biru di bahagian badan.
2. Gusi berdarah dan tidak kuat.
3. Tulang kurang stabil kerana perubahan-perubahan terjadi pada tulang rawan yang menyokong tulang-tulang biasa.
4. Tisu jantung rosak.
5. Kesan kepada struktur tulang menyebabkan kehilangan kalsium.
6. Penambahan kadar metabolisma berlaku.
Mengapa Vitamin C Penting?
Vitamin C penting sebagai penguat sistem imuniti badan. Hadirnya Vitamin C membolehkan sel darah putih berfungsi dengan lebih efektif. Sel-sel darah putih ini berperanan melawan bakteria dan virus yang menyerang tubuh.
Berperanan membuang toksin daripada tubuh.
Berperanan sebagai anti-oksidan penting yang berupaya mencegah penyakit kanser. Vitamin C juga mampu membantu pengeluaran interferon yang penting untuk menentang sel-sel kanser.
Bagus untuk menyembuhkan luka. Vitamin C meningkatkan kadar pengeluaran kolagen maka kerana itu luka boleh sembuh lebih cepat.
Mengurangkan alahan.
Mengurangkan stres.
Agen yang mampu mengurangkan rasa sakit.
Orang yang masuk sini cari:
- asid askorbik
- apa itu vitamin c
- apakah vitamin c
- alahan vitamin c
- sistem imuniti
- sistem imuniti badan
- apa itu vitamin
- imunity badan
- apa kebaikan vitamin c
- tisu jantung























